Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tindakan Terhadap Penternak Sebabkan...

IPOH - Kerajaan Perak tidak akan berkompromi dengan penternak yang menyebabkan berlakunya pencemaran...

“Babak Romantik Dilakonkan Tak...

"SEBENARNYA babak romantik yang dipaparkan pun tidaklah keterlaluan dan bagi saya ia tidak...

Galeri Petronas Tampil 12...

KUALA LUMPUR - Melangkaui imaginatif dan logik strategik seni konservatif, Galeri Petronas tampil...

Facebook Tergendala, Jejaskan Pengguna...

SEOUL - Facebook tergendala selama kira-kira 40 minit, menjejaskan pengguna di Amerika Syarikat...

Arab Saudi Iktiraf Vaksin Sinovac

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi sudah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi memasuki negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, orang ramai boleh menyampaikan berita gembira itu kepada ahli keluarga yang berniat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah pada masa akan datang.

“Sama-Sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi beliau.

Zulkifli turut berkongsi pautan ke laman sesawang Kementerian Kesihatan Arab Saudi https://eservices.moh.gov.sa untuk rujukan permohonan masuk ke negara itu.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Arab Saudi kini mengiktiraf enam jenis vaksin bagi Covid-19 iaitu Pfitzer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Jansses, Sinopharm dan Sinovac.

Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi dilaporkan membuat ketetapan hanya jemaah yang menerima vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca dibenar menunaikan haji sekali gus menimbulkan keresahan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac. – BERNAMA

Kategori