Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai...

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan...

11 Kes Baharu Covid-19,...

JANGKITAN Covid-19 dalam negara merekodkan 11 kes baharu, hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

Siapa Kata Najib, Mukhriz...

SEMUA tahu, situasi semasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan...

Suee Lim Dari DAP...

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dilantik sebagai Speaker Dewan...

Bayaran i-Citra Bermula 2 Ogos

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa bayaran bagi i-Citra akan dibuat secara berperingkat kepada ahli bermula 2 Ogos ini.

Menerusi satu kemaskini di laman Facebook rasminya, KWSP menjelaskan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

“Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut,” kata kemaskini tersebut.

Terdahulu, pada 28 Jun lalu melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang pengenalan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban ahli KWSP.

Beliau berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Permohonan i-Citra mula dibuka pada 15 Julai lalu secara online di icitra.kwsp.gov.my. – K! ONLINE

Kategori