Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Urus JDT Ibarat Jaga...

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi...

Jemaah Menteri Setuju Cadangan...

PUTRAJAYA - Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini telah memberi 'lampu hijau'...

Noktah! PKR, DAP Sabah...

SETELAH minggu lalu DAP Sarawak mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) negeri itu atas...

Sanggup Lukis Tatu Restoran...

Glasgow – Hanya kerana ingin bapanya menikmati hidangan kari percuma di sebuah restoran...

‘Bossku’ Tanya Sampai Bila Nak Macam Ni!

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan sampai bila rakyat perlu berdepan kesengsaraan kehilangan pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

Menerusi kemaskini di akaun Facebooknya pada Khamis, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, meskipun pelbagai pakej bantuan diumum kerajaan, hakikatnya semakin banyak jenama besar menutup perniagaan masing-masing.

“Kerajaan baru sahaja umum Pemulih (Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi), tetapi semakin banyak perniagaan tutup. Semakin ramai hilang kerja.

“Dari pakej Prihatin (Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat), Penjana (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara), Pemerkasa (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi) dan Pemulih.

“Macam-macam nama ada. Dikatakan beratus-ratus bilion dan amat berjaya. Itu Putrajaya kata,” katanya.

Menurut Najib hakikatnya, semakin banyak jenama besar tutup perniagaan.


Tambahnya, syarikat-syarikat besar turut terjejas.

“Apatah lagi peniaga kecil. Ramai yang hilang sumber pendapatan. Ramai yang hilang kerja. Ramai yang sengsara.

“Bukan mudah nak bina perniagaan, nak dapat kerja. Sampai bila macam ini? Sampai bila?” katanya lagi. – Sinar Harian

Kategori