Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mo Salah Terima Undi...

DALAM dunia bola sepak antarabangsa, nama Mohamed Salah kini menjadi sebutan peminat bola...

Bekas Pemuzik Bunuh Diri,...

SEORANG pemuzik berusia 61 tahun, membunuh diri selepas dia menghidap Superior Semicircular Canal...

Hamid Gurkha Kembali Berlawak...

SELEPAS tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon komedi veteran Mr. Os atau nama sebenarnya...

Rosmah Seru Para Isteri...

PUTRAJAYA - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan isteri-isteri pemimpin untuk...

Imuniti Kelompok 75 Peratus Menjelang Oktober

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka mencapai imuniti kelompok, meliputi 75 peratus daripada populasi dewasa dalam tempoh tiga bulan, iaitu menjelang Oktober.

Berdasarkan pengesanan data menerusi Bloomberg, unjuran itu dibuat mengikut purata kadar pemberian vaksin di negara ini yang mencecah 364,602 dos sehari.

Susulan ketibaan bekalan suntikan pelalian dan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kadar inokulasi mencatatkan perangkaan tertinggi semalam menjangkau 460,158 dos.

Mengikut penelitian, Malaysia mula merekodkan kadar inokulasi pada tahap lebih 400,000 dos dalam tempoh 24 jam, sejak 12 Julai lalu.

Sekiranya dihitung, kadar inokulasi dalam tempoh seminggu yang lalu ialah 2,694,446 dos, sekali gus menjadikan purata tujuh hari sebanyak 384,920.9. – BH Online

Kategori