Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Shabery Anggap DAP Sebagai...

CHUKAI – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shabery Cheek menyifatkan DAP sebagai...

Suami Isteri Maut Beca...

TELUK INTAN - Sepasang suami isteri maut apabila beca yang dinaiki mereka dilanggar...

4 Parah Bas Rombongan...

KEMAMAN - Tiga pelajar dan seorang pemandu bas parah selepas bas yang dinaiki...

Anwar Tiba Di Singapura...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan...

JDT Lancar Token Digital

ISKANDAR PUTERI – Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan langkah kedepan mereka dalam arena bola sepak tempatan apabila muncul kelab pertama yang melancarkan inovasi ‘Digital Collectables’.

Inisiatif berkenaan merupakan satu kaedah baharu dalam menghubungkan penyokong skuad Harimau Selatan itu dengan kelab tersebut.

JDT dalam satu kenyataan memaklumkan pengumpulan barangan itu adalah dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFT) yang membolehkan penyokong membuktikan milikan ke atas aset digital menggunakan teknologi ‘blockchain’.

‘JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini.

“Di samping mengumpul token berkenaan, penyokong juga berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti di ‘corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT,” jelas kenyataan itu.


JDT turut memberitahu, pihaknya komited untuk berhubung bersama penyokong dengan cara lain dari yang lain.

“Penggunaan teknologi terbaharu seperti ‘blockchain’ ini akan membawa penyokong lebih rapat dengan kelab,” katanya. – K! ONLINE

Kategori