Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Geely Wajar Rombak Pengurusan...

BUKAN melulu kalau boleh dikatakan bahawa kumpulan pengurusan Proton Berhad sekarang dianggap sebagai...

Penolakan Minoriti Bukan Ukuran...

KUALA NERANG - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal tindakan...

Insiden Rempuh Di China.....

KUALA LANGAT - Bapa kepada Tan Wei, 20, pelajar Malaysia yang terkorban dalam...

TNB N.Sembilan Beri Sumbangan...

KUALA KLAWANG - Tujuh puluh anak yatim dan fakir miskin dari beberapa kampung...

KKM Nafi Benar Rentas Negeri Individu Lengkap Dos Vaksin

KUALA LUMPUR – Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada 12.30 tengah hari ini:

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media sosial.

KKM menjelaskan petikan video tular yang dimaksudkan merupakan video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lalu yang berdurasi selama satu minit serta disunting dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengelirukan orang ramai.

Kementerian itu menasihati masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasminya untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih. – BERNAMA

Kategori