Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan Tiga Lagi...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan...

LIMA 2017 Saksikan Penyertaan...

KUALA LUMPUR - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 bakal menyaksikan...

SPR Jawab 10 Fitnah...

BELUM pun habis tempoh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pelbagai fitnah dan...

Krisis Tebusan Budak 2...

SINGAPURA - Krisis tebusan selama 17 jam antara pihak polis dengan lelaki yang...

Malaysia Dijangka Sambut Hari Raya Haji 20 Julai

PUTRAJAYA – Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini setelah tarikh 1 Zulhijjah 1442H dianggarkan  jatuh pada 11 Julai ini.

Demikian pandangan pakar falak syarie terkenal tempatan, Hanafiah Abdul Razak ketika dihubungi Utusan Malaysiayang memaklumkan anak bulan itu bakal kelihatan pada 10 Julai.

“Pada hari cerapan untuk lihat anak bulan tersebut melibatkan 29 lokasi di seluruh negara, ia sebenarnya diunjur sudah al-ijtima’ (lahir) lebih awal lagi pukul 9.18 pagi tarikh itu,” katanya.

Kiraan tersebut, ujar beliau, berdasarkan kaedah hisab atau hitungan dengan berpandukan kepada kriteria imkanul rukyahatau cerapan menurut kajian disiplin ilmu falak turath Islam.

Sekiranya tepat, sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia adalah serentak dengan Arab Saudi yang memakai sistem Ummul Qura bagi penetapan tarikh takwim Hijrah di negara itu.


Menurut media negara Asia Barat tersebut, perhimpunan wukuf di Arafah untuk ibadah fardu haji kali ini dijangka pada 19 Julai manakala tiga hari tasyrik pula diunjurkan bermula 21 Julai.

Hanafiah yang juga imam Masjid Kota Iskandar di Johor itu membuat kiraan permulaan bulan Zulhijjah dengan merujuk contoh lokasi hitungan di Tanjung Cincin, Pulau Langkawi, Kedah.

“Pada petang 29 Zulkaedah atau 10 Julai, matahari terbenam di kawasan tersebut pukul 7.41 malam dengan tempoh usia anak bulan Zulhijjah itu sudah pun 10 jam 23 minit,” jelas beliau. – Utusan Online

Kategori