Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Matt Nasihat Rakan Artis...

SELAKU pelakon yang terlebih dahulu makan garam dengan liku-liku perjalanan seorang selebriti Hollywood,...

Malaysia Raih Kemenangan Pertama...

IPOH - Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah...

Gempa Kuat Di Sumatera,...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku di...

Bom Pesta Arak: 3...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki termasuk pelajar sekolah tingkatan enam di...

MBJB Nafi Keluarkan Borang Pendaftaran Vaksin Kuota TMJ

JOHOR BAHRU – Borang pendaftaran vaksin ‘vaksin Pfizer, Kuota TMJ’ adalah palsu dan tidak benar.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa borang tersebut adalah borang pendaftaran bagi vaksin jenis Pfizer di bawah kuota mana-mana pihak.

Menurut kenyataan itu,borang yang ditularkan tersebut adalah borang pendaftaran vaksin yang digunakan oleh urusetia Southern Volunteers Johor Bahru bagi membantu mendaftarkan warga bandar raya Johor Bahru yang masih belum mendaftar bagi pengambilan vaksin.

“Pendaftaran sama ada menerusi aplikasi MySejahtera atau menerusi laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di http://www.vaksincovid.gov.my.

“Untuk makluman warga bandar raya juga, Southern Volunteers Johor Bahru turut menggunakan platform laman web JKJAV tersebut bagi menyemak dan mendaftarkan orang awam yang belum mendaftar vaksin.

“MBJB turut menafikan sebarang makluman yang mengatakan bahawa pendaftaran vaksin melalui borang Southern Volunteers lebih diutamakan untuk pemberian vaksin berbanding kaedah pendaftaran sendiri melalui aplikasi MySejahtera atau laman web JKJAV,” katanya di sini, hari ini.


Jelas kenyataan itu, dalam usaha mencapai sasaran lebih 80 peratus rakyat Negeri Johor mendaftar pengambilan vaksin Covid-19, sehingga semalam pihak Southern Volunteers Johor Bahru bersama MBJB telah berjaya mendaftarkan seramai 30,008 orang warga bandar raya ini.

Katanya program pendaftaran vaksin ini akan diteruskan sehingga hari ini.

“Warga bandar raya digalakkan untuk segera mendaftar vaksin bagi memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dan seterusnya melindungi diri, keluarga dan masyarakat dari penularan wabak Covid-19.

“MBJB mengingatkan warga bandar raya agar sentiasa menyemak maklumat yang diterima serta merujuk kepada saluran-saluran rasmi berkaitan maklumat vaksin Covid-19 sama ada melalui laman web dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JKJAV, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Southern Volunteers atau MBJB,” katanya. – myMetro Online

Kategori