Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anifah Ketuai Delegasi Ke...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke...

Kerajaan Tambah Baik Perkhidmatan...

TUMPAT - Kerajaan akan menambah baik perkhidmatan di Klinik 1Malaysia berdasarkan keperluan penduduk...

Demi Telefon Bimbit, Wanita...

BOLEH dikatakan zaman milenium kini manusia seakan-akan tidak boleh hidup tanpa gajet pintar...

Izreen Kecewa, Tarik Diri...

TEATER Kontena 404 telah dipentaskan semalam, namun salah seorang daripada pelakonnya telah menarik...

‘Nasi Ganja’ Ipoh Naik Helikopter Ke KL

IPOH – Orang ramai ‘terkejut’ dengan kemunculan helikopter mendarat di Padang Ipoh, pagi tadi, dipercayai untuk mengambil tempahan nasi kandar daripada sebuah restoran terkemuka di bandar raya ini.

Terdapat dua individu dalam helikopter berkenaan dipercayai milik syarikat swasta, ‘ditugaskan’ untuk mengambil tempahan nasi kandar yang dikenali sebagai nasi ganja.

Difahamkan, helikopter mendarat di Padang Ipoh, di sini untuk mengambil 36 bungkusan nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan kejadian itu berkata, pemeriksaan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mendapati helikopter berkenaan hanya diberi kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

Sebaliknya, beliau berkata, helikopter berkenaan mendarat di Padang Ipoh antara jam 9.50 pagi dan 10.15 pagi untuk mengambil tempahan nasi ganja.

“Helikopter berkenaan tidak diberi kebenaran mendarat di Padang Ipoh, di sini. Kita sudah maklumkan kepada CAAM mengenai kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, seorang jurucakap restoran nasi ganja yang enggan namanya dikenali mengesahkan ada menerima 36 bungkusan nasi berlauk ayam, daging dan telur masin daripada pelanggan di Kuala Lumpur.

Pada mulanya, beliau meragui pesanan yang dibuat dengan menganggapnya sebagai jenaka kerana ia akan diambil menggunakan helikopter.

“Saya juga ragu-ragu kerana tidak pernah lagi pelanggan ambil pesanan dengan helikopter tetapi betul jadinya.

“Ini adalah kali pertama pesanan diambil pelanggan dengan menaiki helikopter. Ia macam pesanan mewah yang saya pernah terima tetapi harga setiap bungkusan nasi masih sama iaitu RM10,” katanya. – BH Online

Kategori