Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Permohonan Halang Pemaju Masuki...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan...

Wartawan Mati Dibelasah Hanya...

Azerbaijan ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Hanya kerana mengkritik seorang pemain bola sepak di dalam Facebook, seorang...

1.5 Bilion Unit Tambahan...

PUTRAJAYA - Lebih 50,000 masyarakat India dijangka mendapat manfaat daripada 1.5 bilion unit...

Polis Lancar ‘Ops Albatross’,...

Pihak polis hari ini melancarkan 'Ops Albatross' untuk mengesan dan memberkas sindiket menggodam...

Orang Ramai Jangan Gusar, Keselamatan Negara Terkawal – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap terkawal, susulan kemelut politik sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata orang ramai tidak perlu gusar kerana pihaknya akan memastikan keselamatan kekal pada tahap terbaik, selain meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Orang ramai juga dinasihat supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan seharian, sebagai usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana baginda belum memperkenan pembatalan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dipetik berkata, baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun membabitkan cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan. – BH Online

Kategori