Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wajib Sedia Tempat Duduk...

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan mewajibkan penggunaan tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam...

Siklon Gita Landa Pulau...

WELLINGTON - Beberapa rumah dan kawasan pertanian musnah selepas siklon Gita melanda pulau...

Presiden FAM Mesti Pakar...

KOTA BHARU - Individu yang dipilih bagi memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak...

Kena Cekup Ketika Judi...

Kota Tinggi : Seramai 43 lelaki termasuk 16 warga asing ditahan selepas disyaki...

R-naught Covid-19 Negara Naik 1.16, Putrajaya Tertinggi

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia kembali mencatat peningkatan.

Pada Selasa, ia naik kepada 1.16 berbanding 1.14 hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya catat kadar tertinggi dengan 1.35. Ini diikuti Terengganu, Selangor, dan Pahang.

Lapan negeri mencatat kadar di antara 1.02 dan 1.11. Negeri-negeri ini terdiri daripada Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kelantan.

Kelantan dan Labuan mencatat kadar di bawah 1.0. Sementara Perlis kekal dengan sifar kes.


Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan negara tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – Astro AWANI

Kategori