Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jalani Khidmat Tentera, Top...

KUMPULAN K-Pop popular Big Bang bakal 'kehilangan' seketika ahli kumpulannya, Top yang akan...

3 Rumah Terbakar Tengah...

BALING: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah...

Abang Johari Lancar Papan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu orang...

Penyu Albino Ada Di...

KUALA TERENGGANU - "Comelnya, putih selepuk (sangat putih)...manja pulok tu". Itu antara reaksi...

Roboh Jambatan Halang Penguat Kuasa Musnah Kebun

RAUB – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berdepan halangan dalam operasi hari ketiga memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101 hektar yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam, di sini semalam.

Ini berikutan, empat lantai simen jambatan dirobohkan pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan operasi musnah semalam tidak dapat diteruskan seperti dirancang.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad, berkata dua halangan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab itu menyebabkan operasi musnah semalam tidak dapat diteruskan seperti dirancang.

“Mereka yang terbabit dalam operasi itu tiba di lokasi agak lewat, berikutan terpaksa membaiki jambatan dengan cara mengangkat semula dua lantai simen jambatan yang dijatuhkan ke dalam anak sungai.

“Anggota yang terbabit terpaksa mengikat menggunakan tali dan mengangkat secara secara beramai-ramai,”katanya yang turut sama menyertai operasi berkenaan, semalam.

Sebelum itu, sebuah pacuan empat roda menghalang laluan selepas dikatakan tayarnya bocor, namun itu dikatakan helah untuk melengahkan operasi.

Operasi berkenaan turut membabitkan kakitangan Unit Penguatkuasa JPNP Zon Pahang Barat dan Timur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Tranum.

“Saya difahamkan hari ini anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara Kem Bukit Galing, Kuantan turut akan menyertai operasi musnah, kehadiran mereka lebih menjamin keselamatan mereka yang menjalankan tugas,” katanya.


Beliau berkata, sepanjang operasi musnah itu, seramai 22 individu terdiri daripada pekerja dan pemilik kebun ditahan kerana kesalahan berada dalam Hutan Simpan Batu Talam dan mereka didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Mohd Hizamri berkata, pihaknya perlu bertindak tegas dalam memastikan aktiviti menceroboh Hutan Simpan Batu Talam tidak terus berlaku pada masa akan datang.

Kebanyakan pokok dewasa kini sedang mengeluarkan hasil yang banyak dan buah sudah mula gugur secara berperingkat.

Tinjauan dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam mendapati aktiviti menebang dilakukan kelmarin membabitkan lebih 200 pokok durian Musang King.

Masih terdapat banyak lagi pokok buah itu yang akan musnahkan. – BH Online

Kategori