Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

61 Kejohanan Untuk Atlet...

KUALA LUMPUR - Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) mengenal pasti 61 kejohanan...

Video: Cantik Ke Kalau...

PEMBEDAHAN plastik dengan wanita Korea Selatan sememangnya tidak dapat dipisahkan, ia seakan sudah jadi...

SKMM Siasat 16 Kes...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 kes penyalahgunaan media sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan...

Kekangan Kewangan Tak Jejas...

KUANTAN - Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed...

Sampai ‘Tergolek’ Bawa Pesakit, Frontliner Tetap Bersemangat

PETALING JAYA – Siapa tidak tersentuh melihat pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan kita dalam melawan Covid-19 yang ketika ini masih lagi menular.

Terbaharu, menerusi klip video yang dikongsi di laman TikTok milik @suemayrra, kelihatan tiga orang petugas barisan sedang bergegas membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Namun malangnya, ‘stretcher’ yang membawa pesakit itu tiba-tiba terbalik dan lebih menyayat hati, salah seorang daripada petugas barisan hadapan itu turut rebah.

Bagaimanapun, klip video selama 15 saat itu tidak memaparkan lokasi sebenar kejadian.

Kejadian itu turut menyentuh hati pengguna TikTok yang rata-rata mendoakan agar kesemua mereka itu selamat dan dipermudahkan segala urusan semua petugas barisan hadapan kita.

“Semoga semua frontliner kita berada dalam lindungan Allah SWT,” kata Beban Team.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai @aidilaazharmatdaud.

“Kesiannya, semoga dipermudahkan segala urusan semua orang, jangan lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikan.”

Pada masa sama, orang ramai memuji semangat yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan walaupun sudah terjatuh tetap bangun demi amanah.

“Yang terbaring lesu tu mungkin tengah putus asa, tapi bangun balik mengenangkan tengah pikul amanah yang akan nanti dipersoal di akhirat,” kata MukaMacaron. – K! ONLINE

Kategori