Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Moto2: Hafizh Syahrin Pamer...

SEPANG - Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah mempamer prestasi membanggakan apabila berjaya...

Peniaga Bazar Diingat Tidak...

KUALA TERENGGANU : Peniaga bazar Ramadan di negara ini diingatkan agar tidak meletakkan...

Dipeluk Jasad Ayah, 2...

TRAGIS apabila seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya...

1,500 Peserta Akan Lafaz...

ALOR SETAR - Seramai 1,500 peserta terdiri daripada agensi awam dan pihak berkuasa...

SOP ‘Lawan’ COVID-19 Perlu Dikaji Semula – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 perlu dikaji semula secara holistik dan berasaskan data sahih. 

Baginda bertitah, sehingga kini statistik jangkitan harian COVID-19 masih menunjukkan jumlah kes yang tinggi.

“Rakyat kini dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal teruk. Di samping itu, masalah sosio-ekonomi juga timbul akibat situasi ini yang berpanjangan.

“Saya berpendapat SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titah Tunku Ismail dalam hantaran di Facebook HRH Crown Prince of Johor, semalam.

Tunku Ismail turut meminta kerajaan negeri mempercepatkan pelaksanaan inisiatif melawan pandemik COVID-19 yang kini dalam keadaan kritikal. 


Baginda bertitah, penggunaan ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi perlu diperkenalkan secepat mungkin dan digunakan secara meluas khususnya dalam sektor penting selain mahu rakyat disaring secara meluas dan divaksin secepat mungkin.

“Saya juga menitahkan proses vaksinasi untuk bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor memperoleh vaksin secara pembelian terus,” titah Tunku Ismail. – BH Online

Kategori