Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tender Bot FIC: Mat...

PASIR MAS - Kementerian Pertahanan sedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Bayi Terperangkap Di Saluran...

CHINA – Hasrat seorang pelajar sebuah universiti untuk menyembunyikan kelahiran bayi perempuannya tidak...

Israel Sekat Warga Palestin...

ISRAEL sepanjang Oktober lalu hanya melepas sejumlah kecil warga Palestin yang cedera akibat...

1MDB: Alasan Bodoh Tony...

CERITA asalnya ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua baru-baru ini mencabar...

Takiyuddin Ganti TPM Beri Penerangan Pelaksanaan Darurat

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat penerangan mengenai Pelaksanaan Darurat yang dijadual berlangsung pada Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

“Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan kertas maklumat yang telah diedarkan di atas meja Ahli Berhormat menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) akan memberikan penerangan berkenaan Pelaksanaan Darurat pada Isnin 2 Ogos,” katanya.

Mohd Rashid ketika membuat pemakluman itu bagaimanapun tidak memberi penjelasan berhubung perubahan tersebut.

Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 hari yang diedar pada Sabtu, penerangan mengenai Pelaksanaan akan dibuat Ismail yang juga Menteri Pertahanan.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Rashid turut menyeru semua ahli Parlimen agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) persidangan Parlimen.

Jelasnya, ini kerana pegawai penguat kuasa berada di sekitar Kompleks Parlimen sepanjang mesyuarat khas itu berlangsung. – Sinar Harian

Kategori