Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kembara Kebajikan 1Malaysia Tumpu...

PUTRAJAYA - Lebih 10,000 peserta yang menyertai Kembara Kebajikan 1Malaysia (KK1M) 2018 akan...

Warga Indonesia Miliki Senjata...

MIRI - Seorang warga Indonesia yang memiliki senjata api serta peluru hidup tanpa...

4 kabel Dasar Laut...

Kuala Lumpur : Kerajaan sedang melaksanakan penambahan empat kabel dasar laut baharu bagi...

Tingkat Keupayaan Anggota PDRM...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus memperkasakan keupayaan anggota dalam menguasai...

Warga Emas ‘Rogol’ Kambing Direman 7 Hari

KUALA KUBU BHARU – Seorang lelaki warga emas direman tujuh hari selepas dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Serendah, di sini, kelmarin.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 60 tahun itu dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Suspek yang memakai kemeja dan seluar berwarna coklat dibawa dengan trak diiringi dua anggota polis dari Balai Polis Sentosa memasuki perkarangan mahkmah jam 9.20 pagi tadi.

Dalam permohonan itu, Mohamad Azrul membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 4 Ogos nanti untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes terbabit untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tindakan jijik seorang lelaki warga emas yang melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya, di Serendah, di sini, kelmarin. – myMetro Online

Kategori