Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AS Serang Guna Dron,...

WASHINGTON - Pemimpin Taliban, Mullah Mansour, dipercayai terbunuh dalam serangan dron yang dilancarkan...

PM Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Harga Siling Penutup Mulut...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melihat semula harga siling penutup mulut dan hidung yang...

Mungkin Inilah Majlis Kahwin...

SETIAP pasangan yang ingin mendirikan masjid pasti melalui saat cemas apabila segala persiapan...

Wujud Segera Rumah Gelandangan Sementara – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menitahkan agar diwujudkan segera rumah gelandangan sementara bagi mengekang penularan COVID-19 dalam golongan itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini, Tunku Ismail bertitah, dalam keadaan pandemik COVID-19 kini, mereka yang hidup gelandangan adalah antara golongan paling terdedah kepada jangkitan virus itu kerana mereka terpaksa tinggal di tepi jalan atau di tempat awam.

“Dengan adanya rumah gelandangan sementara, maka risiko jangkitan akan menurun dan mereka juga dapat divaksinasi sambil diberi sokongan yang sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan normal. Mereka juga manusia dan berhak untuk menjalani hidup yang bermaruah,” titah baginda.

Selain itu, Tunku Ismail bertitah agar pembinaan pusat transit gelandangan di bandar raya itu dapat dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan dapat tempat tinggal yang lebih selesa selain dapat menerima bantuan dari segi makanan dan kesihatan.

Baru-baru ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kebangsaan mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri Johor berhubung keperluan memberi vaksin kepada gelandangan di bandar raya itu sebagai antara langkah bagi mengelak penularan kes COVID-19 membabitkan golongan berkenaan. – BERNAMA

Kategori