Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Fokus Dalam Kelas, Latihan...

KUALA TERENGGANU ā€“ Fokus dalam kelas dan membuat latihan berterusan antara rahsia kejayaan...

SPRM Teliti Cadangan TI-M...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dan mengkaji cadangan...

Jangan Hanya Minta Sabar,...

PUTRAJAYA - Syarikat atau agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah perlu lebih bertanggungjawab...

Profesor Universiti Buat Kerja...

MEMANG kedengaran sangat janggal apabila seseorang yang sangat disegani oleh anak murid tergamak...

100 Hari Pencapaian Dan Prestasi Menteri Akan Dinilai

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa mengumumkan pembentukan Kabinet pada 27 Ogos lalu memberi lima (5) jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pertama beliau memberi jaminan barisan Kabinet dibentuk untuk mentadbir negara di bawah kerajaan pimpinannya merupakan sebuah pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Kedua Kabinet beliau akan bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.

Ketiga, barisan Kabinet beliau komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Keempat, Kabinet kerajaan baharu akan berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah dan mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Secara umum apa yang beliau janjikan itu cukup melegakan kerana empat perkara tersebut sememangnya sangat-sangat diperlukan dalam jentera pentadbiran kerajaan ketika ini.

Sebagai bekas wartawan yang lama mengikuti perjalanan karier Pak Long Mail sebagai ahli politik dan menteri, penulis percaya apa dijanjikan itu bukan retorik.

Sememangnya apa beliau katakan beliau akan cuba laksanakan. Kisah tentang perjuangannya dapat dilihat jelas dalam misi ‘jihad perangi orang tengah’ semasa memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau mengisytiharkan ‘perang jihad’ terhadap penguasaan orang tengah yang sebelum itu mengaut keuntungan daripada hasil titik peluh nelayan.

Begitu juga dengan penubuhan Mara Digital pada tahun 2015 sebagai sebuah pusat IT khas untuk kaum bumiputera semasa menjadi Menteri Luar Bandar dan Wilayah.

Kedua-duanya beliau laksanakan tanpa ragu-ragu walaupun mendapat pelbagai kritikan dan bantahan sebilangan pihak ketika itu.


Bagaimanapun apa yang paling menarik dalam pengumuman pembentukan Kabinet pada 27 Ogos lalu adalah tentang jaminan 100 hari.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan setiap Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik perlu membuktikan pencapaian awal mereka dalam
tempoh 100 hari pertama.

Dalam tempoh tersebut setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Tujuannya bagi memastik barisan Kabinet dan kementerian menggalas tanggungjawab kepada rakyat serta negara dengan komited dan proaktif.

Sekali gus memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan Covid-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik Covid-19.

Begitulah cara Pak Long Mail bekerja sentiasa berpaksikan “result oriented” dengan penanda aras yang jelas supaya ada hala tuju dalam perkhidmatan.

Dalam kelembutan ada ketegasan, maka tiada alasan untuk barisan Kabinet berlengah-lengah. Malaysia kini dipimpin Perdana Menteri yang mahukan penghasilan segera.

Ingat rakyat sudah mula membilang hari. Sebarang kelewatan bukan untuk dikompromi. Sebab itu Perdana Menteri ada pendirian yang tegas mengenainya.

Sebab itu juga penulis tidak terperanjat andai Pak Long Mail bertindak mengugurkan anggota Kabinet yang gagal memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan beliau. – Mynewshub.TV

Kategori