Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bertengkar Sebelum Ditolak Ke...

SEORANG wanita berusia 49 tahun maut selepas ditolak di hadapan keretapi bawah tanah yang...

Wanita Rugi Lebih RM350,000...

JOHOR BAHRU: Seorang wanita tempatan kerugian RM350,793.71 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dikenali...

Fokus Kumpulan Baru, Joe...

GITARIS Joe masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada dia memang sudah meninggalkan...

Air 3 Empangan Utama...

ALOR SETAR - Paras air di tiga empangan utama di Kedah yang diselia...

28.3 Peratus Populasi Malaysia Lengkap 2 Dos Vaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28.3 peratus atau 9,246,295 populasi negara ini sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,119,916 orang sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 25,366,211 dos.

“Mengikut peratusan, 68.9 peratus daripada populasi dewasa negara sudah mendapat dos pertama, manakala 39.5 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,891 dos diberikan semalam dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori