Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nahas Helikopter TLDM: ‘Chon...

SIK : Keluarga Allahyarham Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, mangsa nahas dua...

AKSEM Perlis Tahan 17...

ARAU - Seramai 16 warga Bangladesh dan seorang warga Pakistan yang memasuki negara...

PM Lancar JR Plus,...

KUALA LUMPUR - Lebih 5,000 anggota pergerakan sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN)...

Tali Terbelit Punca 6...

PUCHONG - Enam anggota bomba yang dalam misi mencari dan menyelamat di sebuah...

40.7 Peratus Rakyat Malaysia Lengkap Vaksinasi

KUALA LUMPUR – Seramai 40.7 peratus atau 9,516,141 daripada keseluruhan populasi dewasa di negara ini direkodkan sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, semalam.

Selain itu, seramai 16,347,422 yang mewakili 69.8 peratus populasi dewasa di negara ini direkodkan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos pelalian berkenaan.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menjelaskan, kejayaan itu dicapai menerusi pemberian sebanyak 497,352 dos vaksin COVID-19, semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara meningkat kepada 25,863,563 dos, membabitkan sebanyak 227,506 dos pertama, manakala 269,846 ialah dos kedua pelalian itu.

Selain itu, sebanyak 20,014,549 dos vaksin, masing-masing 16,347,442 dos pertama dan 9,516,141 dos kedua sudah diberikan, sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan mulai 23 Februari lalu.

Jumlah pemberian dos kedua pelalian itu di seluruh negara setakat semalam mewakili 29.1 peratus daripada populasi di Malaysia dan mencecah 50.1 peratus daripada keseluruhan individu dewasa di negara ini.


Perincian pemberian pelalian itu pula menyaksikan Labuan kekal di tangga teratas apabila 59.9 peratus populasinya sudah lengkap divaksinasi, manakala 67.2 peratus pula adalah penerima dos pertama.

Ia disusuli Sarawak yang merekodkan seramai 55.7 peratus rakyat sudah lengkap divaksinasi, manakala 63.6 peratus adalah penerima dos pertama vaksin COVID-19.

Lembah Klang pula menduduki tangga ketiga carta pemberian vaksin apabila 42.4 peratus populasi sudah lengkap vaksinasi, manakala 75.1 peratus adalah penerima dos pertama.

Carta pengagihan vaksin itu merekodkan Negeri Sembilan di kedudukan keempat, disusuli Perlis; Melaka; Terengganu; Perak; Pulau Pinang; Pahang; Kedah; Kelantan; Johor dan Sabah. – BH Online

Kategori