Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kes Bunuh Guru Al-Quran:...

KOTA BAHARU - Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat...

Azmin Dedah 84 Aset...

KUALA LUMPUR - Putrajaya mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir negara dahulu...

10 Projek Mega Mahathir...

RAMAI tidak tahu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak...

Sindiket Menyamar Pegawai Kanan...

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyamaran sebagai...

48.7 Peratus Rakyat Malaysia Lengkap Vaksinasi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 48.7 peratus atau 11,400,456 daripada keseluruhan populasi dewasa di negara ini direkodkan sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, semalam.

Selain itu, seramai 17,437,286 yang mewakili 74.5 peratus populasi dewasa di negara ini direkodkan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos pelalian itu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), berkata kejayaan itu dicapai menerusi pemberian sebanyak 525,111 dos vaksin COVID-19, semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara meningkat kepada 28,837,742 dos, membabitkan 184,972 dos pertama, manakala 340,139 adalah dos kedua pelalian itu.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan sejak 24 Februari lalu dan kini berada dalam Fasa Tiga yang dijangka selesai pada Mei tahun depan membabitkan 13.7 juta penduduk di negara ini berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Setakat semalam, jumlah kumulatif itu mewakili 53.4 peratus daripada populasi di Malaysia yang menerima dos pertama dan 34.9 peratus bagi dos kedua.


Perincian pemberian pelalian itu pula menyaksikan Labuan kekal di tangga teratas apabila seramai 61,472 orang atau 89.7 peratus populasi dewasanya sudah lengkap divaksinasi, manakala 68,101 atau 99.4 peratus sudah menerima dos pertama.

Ia disusuli Sarawak yang merekodkan seramai 1,676,573 orang atau 82.1 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi, manakala 1,824,160 penduduknya atau 89.3 peratus menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Lembah Klang pula di tempat ketiga carta pemberian vaksin apabila seramai 4,388,039 populasi dewasa atau 71.2 peratus sudah menerima dos lengkap.

Ia diikuti Negeri Sembilan, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Pahang, Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah. – BH Online

Kategori