Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hapuskan Pegangan Tempatan, Cadangan...

Datuk Bandar London Boris Johnson mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya...

P.Pinang Cuma Beri Bonus...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus RM2,000 hanya...

Polis Akan Rujuk Keterangan...

KUALA LUMPUR - Polis akan merujuk keterangan bapa Altantuya Shaariibuu, Dr. Shaariibuu Setev...

MH370: Anak Sebut Papa...

PAPA... Itulah perkataan pertama yang disebut anak pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH370, Mohd....

Anwar Dakwa PN Hilang Keabsahan Tadbir Negara

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah hilang keabsahan untuk terus mentadbir negara selepas dikatakan hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.

Anwar mendakwa menerima maklumat mengenai beberapa Ahli Parlimen PN sudah menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah Ahli Parlimen PN yang menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, selain menegaskan komposisi blok pembangkang kini terdiri daripada 107 Ahli Parlimen, termasuk daripada Bebas.

“Kerajaan kini melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menghalang Ahli Parlimen daripada menjalankan tugas kami. Malah lebih serius, kerajaan kini dikatakan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rakyat.

“Kita sebagai rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan mahu hadir ke Parlimen bagi membela nasib rakyat yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

“Rakyat kini menderita dan terkorban kerana kegagalan kerajaan melaksanakan tugas mereka untuk membendung penularan COVID-19 dengan berkesan,” katanya ketika berucap dalam perarakan di Bulatan Dato Onn di sini, hari ini.


Terdahulu, Anwar yang juga Presiden PKR bersama pemimpin parti pembangkang lain berarak dari Dataran Merdeka untuk masuk ke Parlimen, bagaimanapun laluan dikawal ketat polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan.

Antara yang hadir, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Pengerusi Parti Pejuang Tanahair, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pengasas Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perarakan itu dibuat secara aman dan dikawal ketat oleh polis yang turut memberi ruang presiden semua parti pembangkang untuk berucap terlebih dulu. – BH Online

Kategori