Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Serina Redzuawan Nafi Sudah...

SEJAK kebelakangan ini, pelakon dan pengacara Serina Redzuawan sudah jarang dilihat muncul dalam...

PRN Johor : Marina...

PETALING JAYA – Calon berbangsa Melayu, Marina Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan (PH)...

Korporat Perlu Main Peranan...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, meminta sektor korporat supaya...

Hoki: Malaysia Sekadar Seri...

IPOH - Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri...

Dapatkan Surat Kebenaran Polis

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin COVID-19 yang mahu merentas daerah atau negeri untuk bertemu anak bawah umur 18 tahun dan pasangan masing-masing perlu mendapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melakukan perjalanan.

Semakan dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai peraturan dan garis panduan berhubung perjalanan rentas daerah dan negeri yang dimuat naik semalam, menetapkan ibu bapa dan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin perlu memohon kebenaran PDRM.

Ibu bapa perlu mengemukakan salinan kad pengenalan masing-masing dan sijil atau dokumen kelahiran anak, salinan sijil digital vaksinasi COVID-19 ibu dan bapa atau penjaga serta maklumat persekolahan anak (sekiranya berkaitan).

Bagi pasangan jarak jauh pula, mereka perlu mengemukakan salinan kad pengenalan suami dan isteri, salinan sijil atau kad pernikahan, salinan sijil digital vaksinasi COVID-19 suami dan isteri serta salinan dokumen bukti tempat tinggal suami atau isteri atau surat pengesahan majikan.

Menurut peraturan dan garis panduan MKN itu, mereka perlu menunjukkan surat kelulusan dikeluarkan PDRM ketika melalui sekatan jalan raya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata ibu bapa dan pasangan jarak jauh digalakkan mendapatkan surat kebenaran polis bagi mengelak sebarang isu ketika perjalanan.

“Ia seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari, mereka (ibu bapa dan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin) perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kriteria ditetapkan, termasuk menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19.

“Bagaimanapun, mereka dinasihatkan mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM bagi melancarkan perjalanan masing-masing. Sebaik-baiknya dapatkan surat kebenaran PDRM itu dan bawalah bersama dokumen yang berkaitan,” katanya kepada BH, semalam.

Jelas beliau, keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran PDRM itu bagi mengelak ibu bapa dan pasangan jarak jauh berhadapan kesulitan sekiranya tujuan perjalanan mereka dipersoalkan pihak berkuasa atau pasukan keselamatan lain selain PDRM.

“Petugas PDRM di sekatan jalan raya pasti akan menyoal tujuan perjalanan mereka dan memeriksa sijil digital lengkap dua dos vaksin di aplikasi MySejahtera, dan cukup atau tidak kriteria yang yang ditetapkan dalam SOP.

“Namun, kita bimbang juga akan ada timbul kekeliruan, kerana mungkin timbul interpretasi (tafsiran) berbeza di peringkat bawahan atau pasukan keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya,” katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa semalam.


Antaranya ialah, pasangan jarak jauh lengkap dua dos dibenarkan rentas daerah dan negeri bertemu pasangan masing-masing dan ibu bapa lengkap dua dos dibenar rentas daerah atau negeri berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

Bagaimanapun, kelonggaran itu hanya terpakai buat penerima dos lengkap dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua untuk penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Bagi penerima vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan iaitu vaksin Johnson & Johnson dan CanSino perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang memalsukan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata bahagian penguatkuasaan KKM dan pihak berkuasa lain memandang serius perbuatan menipu sijil itu dan akan bertindak bagi membendung perbuatan tidak bermoral itu.

“Orang yang nak menipu, mesti ada banyak cara untuk berbuat demikian dan termasuk cuba memalsukan sijil vaksin ini.

“Bagaimanapun saya yakin pihak MySejahtera serius menangani perkara ini dan pihak penguatkuasaan KKM akan mengambil tindakan keras terhadap pihak atau individu yang berbuat demikian,” katanya ditemui selepas melawat pusat vaksinasi untuk warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir di Bagan Serai, semalam.

Sempena program itu, seramai 1,500 warga pendidik sekitar Kerian, termasuk petugas am, pekerja kantin, operator bas menerima suntikan vaksin dos pertama.

Dr Noor Azmi berkata, pihaknya juga akan membawa isu pemalsuan itu ke mesyuarat khas KKM bagi membincangkan kaedah atau cara yang boleh memantapkan dan mengesan kejituan sijil vaksinasi.

Kelmarin, media melaporkan polis Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan kelonggaran SOP rentas negeri dan daerah dengan mengemukakan dokumen atau sijil vaksinasi palsu. – BH Online

Kategori