Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Pulau Pinang Lupus...

KEPALA BATAS - Polis Pulau Pinang melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 836.17 kilogam...

Penjenayah Dikehendaki Di Australia...

SYDNEY - Bekas penjenayah paling dikehendaki Ricky Ciano ditemui mati dalam sebuah kereta...

4 Maut Rusuhan Di...

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam insiden rusuhan oleh penyokong Presiden Donald Trump...

Propaganda Anti Minyak Sawit:...

PUTRAJAYA - Tindakan di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 akan diambil ke...

Giliran Yee Khie Hadiahkan Pingat Kedua Buat Negara

KUALA LUMPUR – Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie membawa khabar gembira apabila meraih pingat perak dalam kelas 107kg lelaki di Paralimpik Tokyo, hari ini.

Ia adalah pingat kedua yang diraih kontinjen paralimpik negara selepas Bonnie Bunyau Gustin meraih emas dalam acara 72 kilogram (kg) powerlifting selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang merupakan rekod baharu temasya itu, Sabtu lalu.

Pada saingan hari ini yang berlangsung di Tokyo International Forum, atlet dari Sarawak itu gagal melakukan angkatan 230kg pada percubaan pertama sebelum berjaya melakukan 237kg di percubaan kedua.

Dia kemudiannya cuba melakukan angkatan 245kg pada percubaan ketiga namun gagal melakukannya.

Pingat emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245kg yang juga rekod baharu temasya manakala Saman Razi (Iran) meraih gangsa dengan angkatan 231kg.

Enkhbayar yang juga pemegang rekod dunia, memperbaiki rekod temasya 238kg yang dilakukannya atlet Greece, Pavlos Mamalos di Paralimpik Rio 2016 dengan catatan baharu 241kg sebelum melakukan 245kg di Tokyo. – myMetro Online

Kategori