Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Siasat Lelaki Jual...

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan seorang penduduk...

Stesen TNB Antara Terbesar...

LUMUT - Pengguna di beberapa kawasan dilaporkan mengalami gangguan bekalan tenaga susulan Stesen Janakuasa...

Leo Moggie Bersara Dari...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bukan Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo...

SPRM Tahan Setiausaha Politik...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang Setiausaha...

Ismail Sabri Angkat Sumpah PM Ke-9 Esok

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan dijalankan esok, jam 2.30 petang.

Baginda berkata selaku Ketua Utama Negara menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara.

Baginda berharap kemelut politik dapat diakhiri segera dan semua Ahli Dewan Rakyat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.

BIODATA PERDANA MENTERI KE-9

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh Lahir: 18 Januari 1960
Tempat Lahir: Temerloh, Pahang

PENDIDIKAN

Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

KELUARGA

# Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
# Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:-

– Nina Sabrina
– Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
– Nashriq
– Iqbal

KERJAYA / PERKHIDMATAN


1985 – Peguam
1995 – 1999 – Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
2008 – 2009 – Menteri Belia dan Sukan
9 April 2009 – 2013 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
2013 – 2015 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2015 – 2018 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
12 Mac 2020 – Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
7 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

AKTIVITI / KEGIATAN LUAR / LANTIKAN LEMBAGA PENGARAH

1987 – Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 – Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 – Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 – Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

POLITIK

1987 – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
1988 – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 – Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
2001 – Timbalan Ketua Bahagian
2004 – Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang

ANUGERAH

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2020)

Kategori