Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jualan Ford Pada Ogos...

KUALA LUMPUR - Jualan runcit keseluruhan Ford Motor Company pada Ogos melonjak 53...

Agenda Tingkat Taraf Hidup...

KUALA SELANGOR – Agenda penting kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan taraf kehidupan...

Peranti Semak Status Kawalan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen akan memperkenalkan peranti yang akan membolehkan orang ramai...

Zaibo Sihat, Harap Peminat...

BATU PAHAT - Pelakon dan pelawak Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, atau nama...

Jumlah Kelahiran Di Malaysia Menurun, Kematian Meningkat

PUTRAJAYA – Jumlah kadar kelahiran di Malaysia menunjukkan penurunan manakala kadar kematian pula meningkat bagi suku tahun kedua 2021.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Perangkaan Demografi bagi suku tahun kedua tahun ini, menunjukkan jumlah kelahiran hidup di Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 4.4 peratus.

Beliau berkata, sebanyak 111,573 kelahiran dilaporkan pada suku tahun kedua 2021, berbanding 116,688 kelahiran dalam tempoh sama tahun lalu, dengan 55,881 kelahiran bayi perempuan manakala 55,692 bayi lelaki.

“Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 20,389 kelahiran (18.3 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Labuan sebanyak 390 kelahiran (0.3 peratus),” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Uzir berkata, negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Republik Korea, United Kingdom (UK), Perancis dan Sepanyol turut mencatatkan penurunan bilangan kelahiran.

Sementara itu, beliau berkata, jabatan itu mendapati sebanyak 44,307 kematian direkodkan pada suku tahun kedua tahun ini, meningkat 10.1 peratus berbanding suku tahun kedua tahun lalu (40,241 kematian), dengan 25,216 adalah lelaki sementara 19,091 wanita.

Katanya, pada tempoh sama juga, Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 6,818 kematian (15.4 peratus) manakala Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 53 kematian (0.1 peratus).

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,898 kematian disebabkan oleh COVID-19 direkodkan daripada keseluruhan jumlah kematian pada suku tahun kedua tahun ini, meningkat berbanding 78 kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, data juga menunjukkan kematian tertinggi akibat COVID-19 dicatatkan oleh kumpulan usia 65-69 tahun dan diikuti kumpulan umur 70-74 tahun dengan Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi akibat COVID-19 iaitu 1,236 kematian manakala Putrajaya merekodkan kematian terendah iaitu empat kematian.


Selain itu, Mohd Uzir berkata, pandemik COVID-19 tidak menjejaskan jangkaan hayat ketika lahir di Malaysia.

Beliau berkata, jangkaan hayat bagi bayi yang lahir pada tahun ini secara puratanya dijangka boleh hidup mencecah usia 75.6 tahun, 1.3 tahun lebih lama berbanding sedekad lalu, iaitu sehingga 74.3 tahun (2011).

“Perbandingan mengikut jantina menunjukkan secara purata bayi perempuan hidup lebih lama berbanding bayi lelaki dengan peningkatan jangkaan hayat 0.5 tahun berbanding lelaki, 0.4 tahun bagi tempoh 2011 hingga 2021.

“Berdasarkan jurnal bertajuk Assessing the Potential Impact of COVID-19 On Life Expectancy oleh Guillaume Marois, Raya Muttarak and Sergei Scherbov, jika kadar prevalensi kematian COVID-19 berada bawah satu atau dua peratus, penularan pandemik yang melanda seluruh dunia tidak akan mempengaruhi jangkaan hayat secara signifikan.

“Kajian juga mendapati, jika kadar prevalensi berada pada 10 peratus, terdapat penurunan jangkaan hayat ketika lahir melebihi satu tahun bagi Amerika Utara, Eropah, Amerika Selatan dan kepulauan Caribbean, manakala bagi negara Asia Selatan dan sub-Saharan Afrika kadar prevalensi kematian COVID-19 masing-masing 15 peratus dan 25 peratus dan terdapat penurunan jangkaan hayat ketika lahir satu tahun.

“Bagi tempoh Julai 2020 hingga Jun 2021 Malaysia mencatatkan kadar prevalensi kematian COVID-19 yang masih rendah iaitu 0.02 peratus,” katanya. – BH Online

Kategori