Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Walau Tren Rosak Rakyat...

RAKYAT Jepun diketahui umum kebanyakannya amat menitikberatkan disiplin. Perkara ini turut terbukti apabila beredar...

Langkah Bung bukti BN...

Pemimpin empat parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membidas tindakan pemimpin BN Sabah...

30,000 Protes Keganasan Terhadap...

LEBIH 30,000 orang mengambil bahagian dalam protes terhadap keganasan terhadap wanita di Dataran...

Pemisah Lorong Basikal Lebih...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang semula pemisah lorong...

Keputusan PM Amat Sukar Untuk Bentuk Kabinet

MENETAPKAN anggota Kabinet pentadbiran kerajaan bukan semudah menetapkan susunan pinggan mangkuk pada kabinet dapur.

Politikus atau kumpulan yang tidak dipertanggungjawabkan mudah sahaja mengkritik semena-mena berpandukan analogi itu.

Maka kita bersyukur bukan politikus-politikus ini yang diberi kuasa atau memegang jawatan Perdana Menteri.

Kita sama sekali tidak mahu pembentukan anggota Kabinet pentadbiran negara berilhamkan kabinet dapur rumah ahli politik.

Justeru tabik kepada Perdana Menteri ke-9 Kerajaan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melayan kedunguan itu.

Beliau ada tanggungjawab besar kepada rakyat dan negara.

Sejurus mengangkat sumpah Perdana Menteri kena jalan terus.

Apa yang perlu dilakukan perlu tetap dilakukan.

Pak Long Mail mesti jadi Perdana Menteri yang bertanggungjawab, bukan Perdana Menteri populis.

Negara dalam perang. Perang melawan Covid-19 serta perang mempertahan kestabilan politik dan ekonomi.

Kita belum menang. Maka dalam penentuan barisan Kabinet banyak perlu diperhalusi memandangkan ia melibatkan soal negara dan masa depan rakyat.

Penulis berpandangan ada tiga aspek yang mungkin dipertimbangkan Perdana Menteri dalam penetapan anggota Kabinet kerajaan pada 27 Ogos lalu.

Pertama berhubung keutamaan meneruskan kesinambungan agenda Malaysia melawan pandemik Covid-19.

Malaysia sudah separuh langkah dalam peperangan itu, maka sebarang langkah ke belakang akan meletakkan negara dalam risiko.

Setakat ini sudah lebih 14 juta individu dewasa telah lengkap dua dos vaksin dan lebih 19 juta individu dewasa telah menerima satu dos suntikan.

Kadar jangkitan yang tinggi ketika ini diyakini berkurangan dalam tempoh beberapa bulan mendatang sejajar dengan peningkatan pemberian vaksin.


Jika percaturan itu terhenti disebabkan berlaku pertukaran pimpinan secara drastik dikhuatiri momentum yang telah dibentuk boleh terjejas.

Sebab itu kita saksikan Khairy Jamaluddin sekadar bertukar portfolio kementerian dengan Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Khairy dilantik sebagai Menteri Kesihatan manakakala Adham sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Begitu juga dengan portfolio Menteri yang lain sebahagian besar dikekalkan kerana masing-masing ada urusan perlu dilengkapkan.

Kedua bagi mengekalkan kestabilan politik. Kerajaan baharu merupakan kerjasama politik longgar antara beberapa parti politik.

Kerjasama antara Parti Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), Parti Perikatan Nasional (PPBM, PAS dan STAR), GPS dan juga PBS.

Maka Perdana Menteri perlu memastikan gabungan yang longgar ini tidak terurai seperti yang berlaku dalam kerajaan lama.

Pelantikan anggota Kabinet baharu ini perlu sekurang-kurangnya memuaskan kehendak setiap parti gabungan yang membentuk kerjasama.

Negara Malaysia bersama lebih 32 juta rakyatnya tidak lagi mampu berdepan kemelut politik pada waktu pandemik.

Ketiga, bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Iaitu semua pihak perlu menamatkan kemelut politik dan bekerjasama membendung ancaman pandemik Covid-19.

Kesimpulannya membentuk barisan Kabinet adalah sesuatu yang sukar dalam keadaan politik tidak menentu dan negara diancam wabak, namun Pak Long Mail telah berjaya melakukannya.

Kini, kita menanti hasil yang dijanjikan dalam 100 hari. – Mynewshub.TV

Kategori