BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah melonjak naik lebih 80 point dalam tempoh singkat itu.
Namun pemulihan keyakinan pelabur tempatan dan asing ini dan berasaskan harapan bahawa dasar dan perlaksanaan kerajaan baharu akan berbeza dari dulu.
Malah aliran keluar dana asing yang berbulan-bulan lamanya telah bertukar kepada aliran masuk minggu lepas.
“23 August 2021: Foreign investors turned net buyers on Bursa Malaysia last week after seven weeks of net outflow, with a marginal inflow of RM6.71 million, according to MIDF Research.”
Namun, keyakinan pelabur dan pemulihan ekonomi ketika ini akan terbantut sekiranya kita tidak:
1) menurunkan jumlah kes baharu Covid dan membuka semula ekonomi;
2) membantu peniaga memulihkan modal dan aliran tunai yang telah lama terkesan di bawah lockdown yang sudah 3 1/2 bulan lamanya sejak PKP 3.0 bermula pada 12 Mei.
Sejak minggu lepas, negara masih top 10 dalam dunia tiap-tiap hari bagi kes baharu tanpa mengambik kira saiz penduduk.
Dari segi saiz penduduk, kita masih catat kadar antara paling tinggi dalam dunia bagi kes baharu dan kes kematian.
Selagi kes baharu tinggi, ramai pelabur asing dan tempatan akan tidak berani melabur untuk membina business baharu atau mengembangkan business sedia ada jikapun diberi kelonggaran.
Selagi kes baharu tinggi, pelanggan juga akan tidak berani keluar rumah untuk membeli jikapun diberi kelonggaran.
Ada cara dan ada penyelesaiannya.
Insya-Allah, akan disempurnakan oleh kerajaan baharu bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup Rakyat yang pernah dikecapi suatu ketika dulu. – FB Najib