Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Anggota ASEAN Perlu Tangani...

MANILA - ASEAN yang kini mempergiatkan usaha ke arah pertumbuhan ekonomi yang tinggi...

Casio WSD F-10, Jenama...

CASIO merupakan jenama yang terkenal dengan penghasilan jam tangan yang tahan lasak.Suatu ketika...

Parti Ennahda Umum Menang...

TUNIS - Parti Ennahda (Ennahda), mengumumkan kemenangan mereka dalam pilihan raya perbandaran pertama...

Kebakaran Pangsapuri Mewah Di...

BANDARAYA HO CHI MINH - Kebakaran yang berlaku pada awal Jumaat di sebuah...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan.

Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini.

Seolah-olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet recycle.

Bagaimanapun, saya faham kenapa PM9 dan YDP Agong membuat keputusan berikut.

Agar mengelak perubahan terlalu besar dilakukan pada ketika tempoh kritikal ini.

Pun begitu, sebenarnya hampir separuh kementerian kerajaan telah bertukar pemimpin. Antaranya:

  1. Luar Negara
  2. Kesihatan
  3. Pertahanan
  4. Sains, Teknologi dan Inovasi
  5. Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  6. Komunikasi dan Multimedia
  7. Wilayah Persekutuan
  8. Tenaga dan Sumber Asli
  9. Pembangunan Luar Bandar
  10. Belia dan Sukan
  11. Usahawan dan Koperasi

Selain itu, menteri-menteri bagi agama, undang-undang dan Tugas-Tugas Khas Jabatan Perdana Menteri turut bertukar.

Tapi saya percaya bahawa dasar MKN bagi pengawalan Covid juga akan berubah sebab ketua MKN telah bertukar.

Dan jika ada yang masih mahu buka pintu belakang, ketua MKN baharu yang mempunyai hak serta kuasa bagi keputusan terakhir perlaksanaan dasar akan menghalangkan.


Jadi, harapan saya satu sahaja.

Bahawa kabinet hari ini PERLU berdasarkan hasil dan pencapaian.

Dan PM9 akan gugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu.

InsyaAllah, saya akan membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara dari segi Covid, ekonomi dan kesejahteraan Rakyat.

Selamat bertugas.

The countdown to 100 days begins now. – FB Najib

Kategori