Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Indentiti 4 Lelaki Kes...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis hari ini mendedahkan identiti empat lelaki yang...

Jampi Buat Hael Mahu...

LAGU Jampi nyanyian dan ciptaannya benar-benar bagaikan 'sihir' buat siapa sahaja yang mendengar...

Buruh Didenda RM2,000 Halang...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menghalang polis dari melakukan pemeriksaan terhadap teman wanitanya, seorang...

Saudi Benarkan Turki Periksa...

ANKARA - Arab Saudi bersetuju untuk membenarkan pihak berkuasa Turki memeriksa pejabat kedutaan...

Penangguhan Pemilihan UMNO Tidak Sah – ROS

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menetapkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ketua Pengarahnya, Jasri Kasim, berkata ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

“UMNO perlu membuat permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada ROS dalam tempoh terdekat,” katanya kepada BH, hari ini.

UMNO dilaporkan menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media pada 29 Jun lalu dilaporkan berkata, pihaknya sudah menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) serta Ketua Pengarah ROS berhubung perkara itu.

Katanya, surat jawapan juga sudah diperoleh daripada Ketua Pengarah KKM bertarikh 10 Mei lalu sementara Ketua Pengarah ROS dan MKN masing-masing bertarikh 2 Jun dan 11 Jun lalu.


Ahmad Maslan turut dilaporkan berkata, KKM dan MKN mencadangkan mesyuarat dan pemilihan UMNO dibuat secara dalam talian atau maya, namun jika tidak boleh dibuat secara dalam talian, maka pemilihan perlu ditangguhkan hingga ke satu tarikh dan keadaan bila pandemik COVID-19 adalah terkawal.

Jasri ketika ditanya adakah dengan keputusan ROS ini bermakna MKT UMNO boleh dianggap terbubar, beliau berkata, ia tertakluk kepada kelulusan permohonan penangguhan oleh UMNO nanti.

Beliau juga berkata, pihaknya sudah maklumkan perkara itu kepada UMNO hari ini dan jabatan itu belum lagi dihubungi kembali oleh UMNO. – BH Online

Kategori