Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

99 Pati Ditahan Dalam...

TAWAU - Polis menahan 99 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Bersepadu...

Isu Korea Utara: PM...

TOKYO - Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Isnin menggesa untuk tidak menggunakan...

Howto troubleshoot SMPS widespread...

I actually miss training, therefore I determined to perform a modest online teaching...

Tabung Haji Peruntukkan RM3.2b...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus pendeposit bagi...

Polis Siasat Dakwaan 107 Ahli Politik Sertai Perhimpunan

KUALA LUMPUR – Polis sudah menerima dua laporan berhubung perhimpunan diadakan sekumpulan Ahli Parlimen berhampiran Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan serta merujuk perkara itu ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, polis juga akan memanggil pihak terbabit serta minta kerjasama mereka yang dipercaya akan dapat membantu siasatan.

“Ada yang kata seramai 107 orang yang ada (menyertai perhimpunan) tetapi saya belum diberi taklimat mengenainya,” katanya ketika sidang media di sini, tadi.

Mengenai tindakan polis menutup sebahagian jalan di sekitar bandar raya, beliau menjelaskan bahawa pihaknya berbuat demikian susulan maklumat diterima bakal berlaku satu perhimpunan digelar sebagai ‘Solidariti Bersama Anwar Ibrahim Di Parlimen’.

Menurutnya, polis kemudiannya menyemak dengan pihak Parlimen dan dimaklumkan bahawa tiada persidangan ( Sidang khas Dewan Rakyat ) diadakan hari ini.

“Bertindak atas maklumat itu, polis mengadakan sekatan dan juga lencongan untuk tidak membenarkan sebarang kenderaan dan individu memasuki Parlimen.


“Ia dilakukan demi menjaga keselamatan masyarakat dan Ahli Parlimen yang ada. Itu adalah asas kepada tindakan yang dibuat oleh pihak polis pada pagi tadi,” katanya.

Menurutnya, siasatan perhimpunan itu akan dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan (kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa) dan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Azmi juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang notis untuk perhimpunan berkenaan dan juga tidak berlaku sebarang kekecohan di lokasi kejadian.

Dalam perhimpunan hari ini, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen lain berhimpun di kawasan Dataran Merdeka untuk mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan. – myMetro Online

Kategori