Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Isu 1MDB: PAS Cabar...

KUALA LUMPUR - Semua maklum Pakatan Harapan cuma pandai bercakap besar tetapi 'takut'...

Wakil Pencak Silat Singapura...

SINGAPURA - Pesilat Singapura yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Asia...

Guru Mengeluh Upah Jadi...

PETALING JAYA – Ramai guru yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran...

KKM Lancar Operasi Penguatkuasaan...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,110 premis telah diperiksa dan 39 kompaun berjumlah RM19,500...

Shamsul Anuar Letak Jawatan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial, Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

“Sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Kenyataan bertarikh 3 Ogos 2021 itu menggunakan jata negara dan alamat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong di Perak.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau mengesahkan kenyataan tersebut. – K! ONLINE

Kategori