Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Tentera Kemurungan Ditemui...

TERENGGANU: Seorang bekas anggota tentera ditemui mati dibahagian dapur rumahnya yang terletak di FELDA...

ASEAN: PM NZ Mungkin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri New Zealand, John Key dijangka mengumumkan beberapa insiatif...

Alam Sekitar Perlu Terus...

KOTA KINABALU - Alam sekitar sama penting seperti sistem percukaian yang mesti terus...

Sumbangan Industri Pelancongan Kepada...

KUALA LUMPUR – Industri pelancongan merekodkan sumbangan sebanyak 14.9 peratus kepada pertumbuhan ekonomi...

3 Kali Dipenjara Kerana 3 Kali Hina Agong

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang penganggur menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial buat kali ketiga membawa padah apabila dia dihukum penjara setahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhi hukuman itu terhadap Sharil Mohd Sarif, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding serahan dokumen hari ini.

Mahkamah memerintahkan Sharil menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh tangkap pada 24 Ogos lalu dan tambahan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Shahril turut didenda RM1,000 kerana mengguna pakai proviso kes, di mana setiap kesalahan selepas kesalahan selepas pensabitan, boleh didenda RM1,000.

Dia turut diperintahkan menjalani tambahan hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, Sharil didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil Sharil bin Mohd Sarif, jam 7.43 pagi, 20 April lalu.

Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju jam 1.30 tengah hari, hari sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya serta hendaklah didenda RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Terdahulu, Sharil yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap dengan alasan mempunyai tiga anak masih bersekolah dan isterinya meninggal dunia pada Jun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang, membantah rayuan itu dan mencadangkan supaya mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tertuduh mengulangi kesalahan sama malah tidak serik biarpun sudah dipenjara dua kali atas kesalahan sama.

Pada 26 April 2019, Sharil dipenjara dua bulan oleh mahkamah sama, atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui perkhidmatan aplikasi Facebook menggunakan profil nama Sharil Chain.

Pada 6 Julai 2020 pula, dia dipenjara 10 bulan atas kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori