Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Adenan Minta Peluang Pimpin...

KUCHING - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sekali lagi merayu kepada pengundi...

Lima Filem Popular Tema...

SARJAN HASSANSarjan Hassan, filem peperangan menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941-1945.Produksi...

Bazar Ramadan Jalan TAR...

SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan tradisi dan kemeriahan bazar Jalan Tuanku Abdul...

Guru Tolak Vaksin, Tindakan...

KUCHING - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi tempoh sehingga 1 November untuk mengambil...

301 Kes Kematian Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 301 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menurut data laman web CovidNow hari ini.

Maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi itu menyebut, data itu termasuk 108 kes kematian Covid-19 bagi purata tempoh tujuh hari.

“Angka 301 kes itu menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 23,744 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 92 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan kes kumulatif BID sebanyak 4,564 kes,” katanya di sini hari ini.

Kesemua kes kematian itu dilaporkan di Selangor (130), Johor (52), Kelantan (23), Pulau Pinang (22), Sabah (19), Perak (15), Kuala Lumpur (13), Sarawak (8), Kedah (6), Pahang (4), Terengganu (4), Melaka (3), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Sementara itu, sebanyak 207,698 kes aktif melibatkan 172,648 kes dikuarantin di rumah, 22,575 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC); 11,321 kes di hospital; 521 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 633 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori