Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peniaga Tak Beri Kerjasama:...

PORT DICKSON - Kegagalan segelintir peniaga di Port Dickson memberi kerjasama kepada kerajaan...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 120 kawasan di wilayah Gombak dan 57 kawasan di...

Dr. Shahrom Lapor Polis...

SHAH ALAM - Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku...

Kenderaan WHO Bawa Sampel...

YANGON - Sebuah kenderaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membawa sampel koronavirus (Covid-19)...

47 Kanak-Kanak Maut Akibat COVID-19 Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 47 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah di negara ini meninggal dunia akibat COVID-19 sejak tahun lalu.

Data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan setakat Isnin lalu, sebanyak 41 kematian direkodkan sejak awal tahun ini, manakala enam lagi kanak-kanak meninggal dunia tahun lalu.

Katanya, jumlah itu menyumbang 0.01 peratus kadar kematian daripada 310,074 kanak-kanak yang positif COVID-19 tahun ini, manakala 0.05 peratus daripada 12,620 kanak-kanak yang dijangkiti tahun lalu.

Data itu mendedahkan, seramai 81,168 bayi dan kanak-kanak bawah usia empat tahun dijangkiti COVID-19 tahun ini, sementara 3,180 lagi direkodkan sepanjang tahun lalu, selain merekodkan tiga kematian tahun lalu dan 15 lagi pada tahun ini bagi kumpulan umur sama.

Bagi kanak-kanak berusia lima dan enam tahun, seramai 32,996 orang dijangkiti COVID-19 dengan seorang daripadanya meninggal dunia dalam tempoh lapan bulan ini.


Bagi kumpulan umur sama pada tahun lalu, seramai 1,227 kanak-kanak dijangkiti namun tiada kematian direkodkan.

Sementara itu, bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, seramai 106,823 orang dijangkiti COVID-19 dengan sembilan daripadanya meninggal dunia pada tahun ini. Tahun lalu, seramai 4,071 kanak-kanak dijangkiti COVID-19 dengan seorang daripadanya meninggal dunia.

Bagi usia 13 hingga 17 tahun, seramai 89,087 kanak-kanak dijangkiti dengan 16 daripadanya meninggal dunia tahun ini, sementara 4,142 kanak-kanak serta dua kematian direkodkan tahun lalu. – BH Online

Kategori