Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Buku Beri Penjelasan Isu...

KUALA LUMPUR - Buku berjudul '1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab' dan 'Himpunan Baju...

Kerajaan Bersedia Kemungkinan Selepas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan, yang menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) yang tidak pernah berlaku...

15 Pam Api Mudah...

KUCHING – Lima belas Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) di Sarawak hari ini...

Kelayakan Euro 2016: Adik...

Adik kepada Perdana Menteri Albania, Olsi Rama ditahan di sini atas dakwaan memulakan...

53.5 Peratus Populasi Negara Lengkap Divaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 53.5 peratus atau 17,480,766 daripada keseluruhan populasi di negara ini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66 peratus atau 21,573,348 pula menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335,” katanya.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 13 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dan 309 kes kematian tertunggak.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 21,124 kes. – BERNAMA

Kategori