Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pekerja Asing Top Glove...

KLANG - Kementerian Sumber Manusia mendapati tiada unsur paksaan ke atas pekerja asing...

Biras Bidas Bahri Buat...

KOTA BHARU - Perbalahan Noraihan Che dengan birasnya, Datuk Bahri Mohamed Zain yang...

Nancy Bidas Guan Eng...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan,...

SPR Nafi Dr. M...

DALAM satu kenyataan sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail...

Agong Berkenan Menerima Menghadap Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet yang pertama menerusi sidang video di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama 30 minit bermula 8.30 pagi.

“Sesi hari ini juga adalah yang pertama kali bagi Datuk Seri Ismail Sabri sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, tiga keping gambar menunjukkan Ismail Sabri mengadakan perbincangan bersama Seri Paduka. – BERNAMA

Kategori