Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Panglima ATM Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed...

Undang-Undang Berita Palsu Mampu...

BERA - Cadangan memperkenalkan undang-undang menangani berita palsu bukan untuk menyekat kebebasan bersuara...

Lucu… Penunggang Motosikal Gigih...

MACAM-MACAM! Dua keping gambar yang menunjukkan kegigihan seorang penunggang motosikal menggunakan lorong Touch...

PM Garis 6 Perkara...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan enam...

Agong Seru Kerajaan Percepat Pemulihan Ekonomi

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru kerajaan mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing negara.

Seri Paduka bertitah, perbelanjaan yang sewajarnya turut perlu disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas serta sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi.

Al-Sultan Abdullah bertitah, untuk membolehkan perbelanjaan tambahan bagi tujuan berkenaan, kerajaan akan membentangkan cadangan di Dewan Rakyat bagi meningkatkan siling perbelanjaan Kumpulan Wang Covid-19, serta had statutori hutang kerajaan.

“Peningkatan daya saing negara juga perlu difokuskan terhadap usaha menambah baik ekosistem serta persekitaran perniagaan bagi meneroka penciptaan kekayaan baharu dan menambah nilai terutamanya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini. – BERNAMA

Kategori