Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

JPNT Rekod 12 Kes...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merekodkan 12 kes buli dalam...

Sistem Harimau Muda Sudah...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan sudah tiba masanya Persatuan...

Skim Sewa Beli PPR...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan sistem ‘sewa dan beli’...

Majikan Wajib Mohon Pekerja...

PUTRAJAYA - Semua majikan diwajibkan membuat permohonan mendapatkan pekerja asing secara dalam talian...

Ahmad Maslan, Kor Ming Dicalon Timbalan Yang Dipertua

KUALA LUMPUR – Persaingan dua calon bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dijangka menjadi tumpuan pada persidangan hari kedua Dewan Rakyat, Selasa ini.

Pegawai di Parlimen berkata, usul bagi memilih Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengisi kekosongan jawatan itu dijadual sebaik sesi pertanyaan lisan, yang bermula jam 10 pagi, selesai.

“Usul (memilih Timbalan Yang Dipertua) sudah dimasukkan dalam aturan (urusan mesyuarat). Ahli Parlimen akan buat keputusan,” katanya kepada BH, hari ini.

Setakat hari ini, Ahli Parlimen dari blok kerajaan dilaporkan mencalonkan Ahli Parlimen Pontian dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan untuk mengisi jawatan dikosongkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Blok pembangkang dilaporkan mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mewakili Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini mengesahkan PH menamakan Kor Ming, sementara beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dihubungi sebelum ini mengesahkan pencalonan Ahmad.

Kor Ming adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika PH menerajui kerajaan sementara Ahmad adalah Setiausaha Agong UMNO, menjadi Ahli Parlimen sejak Mac 2008.


Mengikut Peraturan Mesyuarat 6(2) dewan, aturan memilih Timbalan Yang Dipertua boleh dibuat seperti hendak memilih Yang Dipertua.

Dalam urusan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Peraturan Mesyuarat 4(3) menyatakan sekiranya terdapat lebih daripada satu pencalonan, maka undian akan dilakukan secara ‘belah bahagian’ atau bersurat.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bermula Isnin ini hingga 12 Oktober depan yang berlangsung selama 17 hari.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat pada hari pertama, serta menyampaikan Titah Diraja.

Sidang kali ini juga akan menyaksikan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) pada 27 September, disusuli sesi perbahasan bermula 28 September hingga 4 Oktober. – BH Online

Kategori