Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bangunkan Platform Pertukaran Data...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membangunkan platform data terbuka bagi...

Belia Perlu Lengkapkan Diri...

KUALA LUMPUR - Belia di Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk...

Gangguan Khidmat & Aplikasi...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan kepada orang...

Keluar UMNO Ketika Parti...

KUALA LUMPUR - Tindakan Datuk Seri Mustafa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman...

Azhar Nafi Tolak Usul Mengosongkan Jawatan Speaker

KUALA LUMPUR – Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menafikan beliau menolak usul supaya mengosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan, Azhar berkata beliau tidak akan membuat sebarang keputusan atau campur tangan berkaitan usul itu kerana mempunyai percanggahan kepentingan.

Katanya, apa-apa keputusan mengenai usul berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Pejabat saya sememangnya menerima usul untuk saya mengosongkan jawatan saya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Sebaik menerima usul itu, saya telah utuskan surat kepada semua pembawa usul bahawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul itu kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab satu artikel bertajuk ’15 Usul Tukar Speaker Ditolak’ yang antara lain melaporkan Azhar menolak semua usul berkenaan.


Azhar menjelaskan, beliau tidak mengetahui mengenai apa-apa keputusan yang mungkin dibuat Mohd Rashid berhubung usul berkenaan.

Katanya, laporan yang menyatakan beliau mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas jelas mempunyai unsur ‘inuendo’ bahawa usul berkenaan ditolak olehnya adalah tidak benar.

“Saya anggap laporan itu bersifat pembohongan dan fitnah yang dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasi saya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” katanya. – BH Online

Kategori