Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kualiti Udara Baik, Tiada...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara dilaporkan baik pagi ini dengan...

Perkhidmatan Mybas Bermula Awal...

PUTRAJAYA – Perkhidmatan bas henti-henti Mybas menerusi Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST)...

Chong Wei Mula Langkah...

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei membuka kempen di...

Niezam Zaidi Didenda RM4,000...

KUALA KANGSAR : Pelakon Niezam Zaidi didenda RM4,000 atau penjara 10 bulan selepas...

Berpanas, Angin Kencang Antara Cabaran Getir Petugas SJR

KUALA LUMPUR – Berpanas, dilanda angin kencang selain terpaksa melayan kerenah masyarakat adalah antara cabaran yang terpaksa dilalui petugas keselamatan di sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan bagi mengawal pergerakan orang ramai ketika penularan wabak COVID-19.

Walaupun mencabar dan mereka sendiri berdepan dengan bahaya COVID-19, ia tidak sesekali melemahkan semangat anggota keselamatan untuk terus berkhidmat.

Hari ini ramai yang boleh menarik nafas lega apabila Lembah Klang yang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membolehkan pergerakan rentas daerah dibenarkan, dan berikutan itu SJR ditamatkan kecuali di sempadan negeri.

Bagi seorang petugas SJR di Sentul, Inspektor Mohamad Faizal Abd Wahab, 33, pengalaman bertugas di SJR memberikan pelbagai pengalaman berharga kepadanya.

Katanya, pengalaman paling tidak dapat dilupakan adalah apabila berlaku kejadian ribut secara tiba-tiba pada bulan lalu yang menyebabkan pelbagai peralatan di SJR rosak akibat terjatuh ditolak angin.

Menceritakan pengalaman itu, beliau berkata, pada petang hari kejadian cuaca cerah dan tiada tanda hujan atau angin kuat akan melanda.

“Tiba-tiba berlaku angin kuat, habis kon-kon, lampu-lampu dan alatan yang diletak dalam khemah terbang ditiup angin,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi petugas SJR di Petaling Jaya, Inspektor Che Azizi Che Ahmad, 40, berkata bertugas di SJR memerlukan kesabaran yang tinggi terutama dalam menangani kerenah orang ramai yang ingin merentas daerah tanpa alasan yang kukuh.

“Antara alasan yang diberikan orang ramai yang tinggal di Kuala Lumpur hendak merentas ke Petaling Jaya ialah ingin ke rumah isteri kedua, mahu menghantar makanan ke rumah tunang, malah ada yang memberi alasan mahu ke pasar di Jalan Othman (di Petaling Jaya).


“Ada juga pengguna jalan raya yang marah-marah kerana terperangkap lama akibat kesesakan di SJR, bagaimanapun selepas diterangkan dan berbincang dengan pegawai yang ditempatkan di SJR mereka memahami mengapa SJR ini perlu dilakukan,” katanya.

Che Azizi berkata, bertugas di SJR juga mendedahkan beliau dan anggota lain dengan risiko jangkitan COVID-19.

Katanya, oleh itu beliau mengambil langkah berjaga-jaga dan selain mengenakan pelitup muka serta sarung tangan, beliau juga mandi dan membersihkan diri terlebih dulu sebelum pulang ke rumahnya di Bangi.

“Kadang-kadang saya mandi di pejabat, kadang-kadang saya berhenti di kawasan rehat dan rawat di lebuh raya untuk mandi sebelum pulang kerana tidak mahu membahayakan anak-anak dan isteri,” katanya.

Bagi Mohd Hidayat Aziz, 35, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk ditugaskan di SJR sekiranya diperlukan.

“Anggota polis dilatih untuk sentiasa bersedia untuk melakukan apa-apa tugasan sekiranya diperlukan bagi menjaga keselamatan masyarakat.

“Bertugas di pejabat atau di lapangan SJR tidak beri perbezaan apa-apa. Sekiranya SJR perlu diadakan semula saya tiada masalah untuk bertugas. Bagaimanapun, saya harap SJR tidak perlu diadakan dan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya,” kata anggota berpangkat Sarjan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor ini. – BERNAMA

Kategori