Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Suami Jahidah Diarah...

Johor Bahru : Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan peniaga yang didakwa menyebabkan kecederaan...

Al-Azhar Keluar Fatwa Harus...

KAHERAH - Majlis Ulama Kanan Al-Azhar pada Ahad meluluskan fatwa harus menangguhkan solat...

Proses Pintu Sempadan Lancar...

KOTA KINABALU - Proses keluar dan masuk melalui pintu sempadan negara di Sabah...

Mira Filzah Jadi Model...

WOW! Pelakon Mira Filzah bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen...

Doa Memohon Agar Allah Memperbaiki Diri Kita Setiap Masa

SESEORANG yang bijakasana akan selalu menginginkan kehidupan yang lebih baik.

Kesalahan dan masalah di hari ini dijadikan loncatan untuk jauh lebih baik lagi.

Rupanya Rasulullah juga mengajarkan sebuah doa dalam Islam, yang diperuntukkan siapa saja yang menginginkan dirinya baik secara lahir dan batin. Dan tentunya menyemangatkan juga untuk terus beramal soleh. InshaAllah..

Doa Agar Diperbaiki Diri … sesungguhnya setiap orang pasti ingin memperbaiki diri setiap hari.

Doa ini sangat memberi kesan yang positif kepada kita. Untuk berjaya dalam hidup kita mesti sentiasa ada perubahan pada diri. Buang sifat buruk dan habit yang merugikan. Kena sentiasa istiqomah memperbaiki diri.

ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمُ
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri

بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan

أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ
Perbaikilah untukku urusanku semuanya


وَلاَ تَكِلْنِيْ اِلىَ نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ
Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.

Marilah kita amalkan doa ini dengan betul-betul memahami maknanya dan dengan penuh pengharapan. InsyaaAllah akan ada perubahan pada diri dan hidup lebih bahagia dan tenang, percayalah.

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
“Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung).” (HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599)

Semoga bermanafaat…

Baca: Apakah Penyakit Ain?

Ikuti Telegram Tanyalah Ustaz di sini 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori