Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Teliti Semula Pembatalan POS:...

IPOH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta supaya Pesuruhjaya Sukan (PJS) meneliti...

Bunuh: Pasangan Kekasih Dihukum...

MELAKA - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap sepasang...

Jentera BN Di Permatang...

BUKIT MERTAJAM - Jentera Barisan Nasional (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya...

Sasar 10,000 Tenaga Kerja...

PUTRAJAYA: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan 10,000 tenaga kerja...

Harga Petrol RON97 Naik 1 Sen

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 6 Oktober ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik 1 sen kepada harga RM2.76 seliter berbanding RM2.75 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.


Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori