Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tumbuk Mati Pemandu...

SEORANG bekas opreator kren berusia 31 tahun dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh...

Parlimen Tiada Kuasa Kenakan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen...

BERSATU Tolak Peletakan Jawatan...

PETALING JAYA - Mesyuarat tergempar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memutuskan menolak peletakan...

Kanak-Kanak 4 Tahun, Ibu...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis...

Institusi Kehakiman Syariah Perlu Terus Proaktif – PM

PUTRAJAYA – Institusi kehakiman Syariah khususnya di Malaysia disaran terus proaktif dalam meneroka norma perkhidmatan baharu yang lebih efektif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan tuntutan Islam yang menggariskan dengan jelas objektif utama Syariah atau Maqasid Syariah yang perlu mendasari setiap dasar.

Katanya, hal itu dilihat melalui kaedah fekah yang menuntut supaya tindak tanduk pemerintah terhadap rakyatnya perlu didasarkan kepada maslahah.

Menurutnya, kaedah itu adalah penting dalam memberi garis panduan kepada pemerintah atau kerajaan dalam urusan membentuk sebarang dasar ke atas rakyatnya.

“Ini termasuk memanfaatkan teknologi komunikasi jarak jauh dalam penyampaian perkhidmatan di mahkamah-mahkamah Syariah,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kehakiman Syariah Antarabangsa 2021 (PKA 2021) secara maya hari ini.

Persidangan dua hari bermula hari ini dianjurkan Kerajaan Melaka, Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf dan Ketua Pengarah dan juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri berkata, ketika ini, seperti diketahui semua, Malaysia masih berada dalam fasa pemulihan akibat daripada pandemik Covid-19.

Katanya, kerajaan sebelum ini memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi membolehkan negara kita keluar dari kemelut pandemik Covid-19 dengan pelbagai strategi ekonomi, sosial dan kesihatan awam.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, biarpun mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai bidang kuasa yang eksklusif dan tersendiri di setiap negeri, ia bukan penghalang bagi institusi itu bergerak secara bersama atas semangat Keluarga Malaysia.


Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh pentadbirannya meletakkan kepentingan masyarakat dan rakyat di tempat yang utama.

Katanya, Keluarga Malaysia akan saling bertolak ansur, menggalakkan persefahaman, bekerjasama untuk kebaikan, mengelakkan konflik yang merosakkan dan memfokus kepada persamaan matlamat.

“Saya berharap agar pegawai Syariah sentiasa menghayati semangat kekeluargaan ini serta tanggungjawab bagi memastikan hukum syarak dilaksanakan dengan adil dan saksama dengan meletakkan standard yang tinggi dalam melaksanakan usaha keadilan Islam.

“Kita bertanggungjawab kepada Allah untuk memastikan amanah pentadbiran undang-undang Islam di negara ini dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, persidangan antarabangsa sebegini membolehkan perbincangan ilmiah mengenai isu-isu kehakiman Syariah dapat diadakan.

Katanya, ia amat penting dalam membantu pihak Kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri mendapatkan penjelasan berhubung isu undang-undang Syarak yang kadang-kala agak rumit untuk ditangani secara bersendirian.

Ismail Sabri berkata, beliau menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab Hakim Syarie dan Pegawai Syariah amat berat dalam menegakkan hukum berlandaskan Islam, namun mereka perlu menyempurnakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh sabar dan ikhlas.

“Hakim Syarie dan Pegawai Syariah perlu mengamalkan sikap integriti yang tinggi dan sentiasa dalam keadaan yang tenang dalam membuat sesuatu keputusan atau melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori