Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

201 Kontraktor Terpilih Laksana...

PUTRAJAYA : Sebanyak 201 syarikat kontraktor dari Gred 1 (G1) hingga Gred 4...

KPSTM Tumpu Lahir Usahawan...

TAWAU - Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSTM) Sabah tidak hanya...

ADUN Kuala Besut Nafi...

BESUT - Lima beradik dari Kampung Beris Lampu dekat Kuala Besut yang kematian...

SPR Jamin Tiada Penggunaan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak akan membiarkan jari palsu...

Itulah Dinamanya Ujian…

“TIAP insan pasti diuji dengan ujian yang berbeza-beza… dugaan yang datang adalah untuk mentarbiah diri dan mencari hikmah.

Hanya mereka yang ‘REDHA’ dapat merasai manisnya ujian… Itulah adalah tanda ‘orang yang BERIMAN’.

Ingatlah hidup ini sebenarnya indah walaupun kita jalani dengan kepahitan dan kepedihan…

Itulah dinamanya ujian… Tanpa ujian kita takkan sekuat hari ini….

Jangan takut untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran yang diberikan Allah S.W.T. kerana dalam kepahitan itu sudah tentu ada manisnya… 🙂

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan dan kejayaan tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran dalam kesabaran, keteguhan dalam perjuangan..

Bukankah indahnya pelangi yang kita rasakan setelah turunnya hujan….

Subhanallah…

Ya ujian demi ujian itu terlalu PAHIT….. Akan tetapi satu saat kalau kita terus redha ikhlas dan berSABAR, pasti Allah akan tukarkan yang PAHIT itu menjadi MANIS. Sampaikan kita sentiasa rasa UJIAN itu adalah NIKMAT!

NIKMAT yang cukup MANIS…

Dan, kalaulah kita masih belum merasai MANISnya ujian, bermakna kita belum ikhlas dan redha akan ketentuan dari NYA.

Sesungguhnya UJIAN adalah TARBIYYAH dari Allah, semakin DEKAT BAHTERA kita denganNya..semakin KUAT dan HEBAT taufan yang melanda..


Hidupkanlah hatimu dengan MENGENALNYA, akal yang MEMAHAMI HAKNYA dan jiwa yang MENCINTAINYA..kelak dirimu akan terasa BAHAGIA dan menemui JALAN KEBENARAN atas KASIH SAYANG yang diberikanNya….

Jika hatimu merasakan MANISNYA TAKDIR Allah kamu pasti akan merasai cintaNYA kerana itulah dikatakan hamba yang PALING MENCINTAI Allah adalah orang yang PALING MENGENALNYA..

Ingatlah di sebalik ujian pasti ada hikmah yang terselindung.

Harus disingkap baru ditemui MANISnya ujian yang menimpa….

Sebab itulah ujian bukan tanda benci tetapi tanda cinta dari Rabb mu..

Yakinlah! Mukmin yang sejati apabila ditimpa kesusahan dia bersyukur dan apabila ditimpa kemudaratan dia bersabar.

Seperti Rasulullah yang liku hidupnya dipenuhi ujian. Pada masa yang sama Allah begitu cinta pada baginda sehingga dinobatkan kekasih Allah. MashaAllah!

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمً

Maksudnya : “Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkan sakit.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

SubhanaAllah, aku ingin menjadi serikandi cintaMu ya Allah..

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori