Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Presiden Singapura Akan Pindah...

SINGAPURA - Presiden baharu Singapura, Halimah Yacob akan berpindah dari kediamannya sekarang di...

Ringgit Lemah, Caj Hotel...

SINGAPURA – Kejatuhan kecil matawang ringgit berbanding dollar Singapura yang sengaja diperbesar-besarkan media...

Aliran Masuk Dana Asing...

KUALA LUMPUR - Pasaran ekuiti Malaysia menyaksikan aliran masuk dana asing bersih sebanyak...

Tanah Runtuh Di Laluan...

IPOH - Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di laluan Meru Indah 5 A...

Kedutaan Jepun Keluar Amaran Ancaman Pengganas

KUALA LUMPUR – Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan kedutaan itu mengeluarkan amaran kepada warga negaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.

Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.

Seorang pegawai dari kedutaan ketika dihubungi Bernama berkata nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.

“Kami mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo,” katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai hal itu.

Pegawai itu berkata buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.

Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini. – BERNAMA

Kategori