Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Usah Hebohkan Perbezaan Pendapat...

ARAU – Pemimpin-pemimpin parti yang berbeza pendapat tidak wajar menghebohkan hal dalaman parti...

Bon Samurai Bukti PH...

KRITIK... Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pinjam 200 bilion yen (RM7.4 bilion) daripada...

98 Kru KD Mahawangsa...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan seramai 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa...

Bekas Pemimpin Jerman Dituduh...

BEKAS Canselor Jerman, Gerhard Schroeder, disaman bekas suami tunangnya yang berasal dari Korea...

Kes Baharu Covid-19 Meningkat Kepada 18,547

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 18,547 kes berbanding 17,352 kes yang dicatatkan semalam.

Sarawak kekal menjadi negeri mencatat kes harian paling tinggi iaitu 3,200 kes berbanding Selangor iaitu 2,407 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 1,880,734 kes.

“Johor menjadi negeri ketiga tertinggi iaitu 2,174 kes diikuti Sabah (2,107); Pulau Pinang (1,776) dan Kedah (1,487).

“Selain itu, Kelantan juga mencatatkan kes baharu empat angka iaitu 1,458 kes diikuti Perak (1,197); Pahang (742); Terengganu (645); Kuala Lumpur (631); Melaka (448) dan Negeri Sembilan 229 kes,” katanya hari ini.

Menurutnya, Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu masing-masing 20 dan 22 kes manakala Labuan merekodkan empat kes. – myMetro Online

Kategori