Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peluang Belajar Sejarah, Kehalusan...

KETIBAAN Ramadan akan disambut meriah dengan amalan bertadarus Al Quran setiap malam selepas Solat...

Perang ‘Kutip Sampah’ Jepun,...

SAMARA - Ia pertembungan sepadan di Piala Dunia antara Senegal dan Jepun dengan...

Pemandu Teksi Maut Terlibat...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga...

Anwar Lucut Kelayakan Anggota...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang...

Ketengah Bidang Inovasi Dalam Bentuk Ekonomi

PUTRAJAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba yang memulakan tugas secara rasmi di kementeriannya di sini, hari ini berkata tumpuan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) adalah untuk mengetengahkan bidang inovasi dalam bentuk ekonomi.

Ini termasuk perancangan mengenai kaedah inovasi yang boleh meningkatkan ekonomi masyarakat selain memberi sumbangan kepada dunia dengan menjadi pengeksport dalam bidang sains dan teknologi, katanya.

“Kita juga akan meningkatkan penglibatan individu yang memerlukan khidmat Mosti dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang inovasi, sains dan teknologi,” katanya dalam sesi interaksi bersama Ketua Setiausaha Mosti, Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan warga kementerian secara maya.

Dr Adham bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Isnin lalu.

Dr Adham adalah Menteri Kesihatan pada pentadbiran terdahulu manakala, Khairy Jamaluddin adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang kini berpindah ke Kementerian Kesihatan. – BERNAMA

Kategori