Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih RM1 Juta Sehari...

MENGIKUT laporan Astro Awani, kos bagi menyediakan juadah berbuka di Masjid Nabawi mencecah...

Sweet ! Siri Gambar...

SINONIM dengan ungkapan kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa..Siri gambar...

Aset Rizab Rasmi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$109.02 bilion (AS$1=RM4.45) pada akhir...

Liow: MCA Siap Siaga...

BENTONG - Tidak kira sama ada ianya bakal jadi 'pertempuran' segenap penjuru mahupun...

Khairy Beri Jaminan Cari Penyelesaian Isu Doktor Kontrak

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan akan mencari titik penyelesaian interim yang lebih baik berhubung isu serta permasalahan yang dihadapi pegawai kesihatan lantikan kontrak.

Khairy menyatakan komitmen itu menerusi perbincangannya bersama Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang diadakan secara maya tengah hari tadi.

“Beberapa perkara dibangkitkan termasuklah kaedah penilaian prestasi bagi penjawatan tetap, peluang lanjutan pengajian dan masa hadapan profesion mereka,” katanya menerusi catatan di laman Facebook hari ini.

Awal Julai lalu, sekumpulan doktor kontrak di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan pergerakan #HartalDoktorKontrak bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung jawatan tetap dalam sektor kerajaan bagi kira-kira 23,000 pegawai kesihatan kontrak, di seluruh negara.

Susulan itu kerajaan mengumumkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun, selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Kredit: Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori