Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gaji Minimum Bukan Gaji...

Permaisuri : Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu...

Remaja Diberi Nama ‘Tahanan...

JAKARTA - Tahanan PBB bukan sekadar status, malahan ia adalah nama yang diberikan...

Isa Letak Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Felda Investment Corporation (FIC) pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan pengerusi...

Southern Volunteers Nilai Sebenar...

Southern Volunteers sudah pun memulakan tugas membantu kerja-kerja pasca banjir di Johor sejak...

KKM Bangunkan Laman Sesawang Perkongsian Data Covid-19

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membangunkan laman sesawang untuk perkongsian data terkini Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, laman sesawang itu boleh diakses bermula 6 petang hari ini menerusi https://covidnow.moh.gov.my.

Beliau berkata, menerusi laman web berkenaan juga orang ramai boleh mengakses data harian terkini akan tersedia selepas jam 12 malam ini.

Menurutnya, laman web ini akan memaparkan data utama yang lebih mudah difahami dan boleh diakses masyarakat umum.

“Usaha membangunkan laman ini mengambil masa beberapa bulan dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan yang bekerja keras membangunkannya.


“Saya berharap dengan data dan maklumat yang dikongsikan di GitHub dan Covidnow membolehkan masyarakat mempunyai pemahaman dan kesedaran yang lebih baik situasi jangkitan Covid-19 di dalam negara,”katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.

Khairy berkata, masyarakat juga dapat menginterpretasi data yang dipaparkan di dalam laman web berkenaan.

Katanya, pakar kesihatan juga dialu-alukan untuk berkongsi pemahaman dan kajian mereka berdasarkan data di dalam laman web berkenaan. – myMetro Online

Kategori